Monday 10 September 2012

Murid-murid Prasekolah, Tahun 1 dan 2 direhatkan Semasa UPSR

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Adalah dimaklumkan bahawa peperiksaan UPSR akan dijalankan mulai 11 September (Selasa) hingga 13 September (Khamis) 2012. Sehubungan itu, pihak sekolah mengalami masalah kekurangan guru disebabkan ramai guru kami telah ditugaskan sebagai pengawas peperiksaan di sekolah lain. Justeru, pihak pengurusan sekolah telah menetapkan bahawa kelas-kelas Prasekolah, tahun 1 dan 2 akan direhatkan (tidak perlu hadir ke sekolah) seperti ketetapan berikut :

  • Tarikh direhatkan adalah pada 11 September (Selasa) hingga 13 September (Khamis) 2012
Murid-murid tahun 3, 4 dan 5 akan bersekolah seperti biasa sepanjang peperiksaan UPSR dijalankan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...