Monday 24 September 2012

Hebahan Tabung Waqaf SKPP 18(1)

       Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Untuk hebahan warga kami, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SKPP 18(1) melalui mesyuarat AJK PIBG kali ke-3 tahun 2012 dengan ini telah bersetuju untuk mewujudkan 'Tabung Waqaf' SKPP 18(1). Secara ringkasnya, program ini berkonsepkan sumbangan ikhlas para ibu bapa bagi meningkatkan kemudahan dan kebajikan anak-anak didik SKPP 18(1). 
     Kami merakamkan ribuan terima kasih kepada AJK ibu bapa, En. Shamsudin Mohamad atas inisiatif dan ilham beliau untuk mewujudkan Tabung Waqaf ini dan berharap warga kami turut bersama-sama berganding bahu menyokong usaha ini. Sekian terima kasih.

Kertas kerja Tabung Waqaf, Sila ke pautan ini : http://www.scribd.com/doc/106704891/Tabung-Waqaf-Pendidikan-SKPP-18
Untuk pertanyaan lanjut, hubungi : 0192781247 (En. Shamsudin)    
      
Kuning emas masaknya padi
Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...