Tuesday 25 September 2012

Peringatan Mesra

   Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Untuk makluman ibu bapa/penjaga, PIBG SKPP 18(1) melalui perbincangan mesyuarat AJK terdahulu telah mengutarakan beberapa isu dan usul yang penting untuk warga membuat susulan berkaitan kutipan sumbangan yuran.

   Statistik yang dikeluarkan oleh Bendahari PIBG, menunjukkan berlaku penurunan mendadak jumlah kutipan sumbangan yuran daripada ibu bapa pada tahun 2012 (Berbanding tahun 2011). Justeru, pihak sekolah telah mengambil inisiatif yang pelbagai dalam melaksanakan setiap program Akademik, Kokurikulum dan HEM untuk murid-murid kami.

   Untuk UPSR, sukacita dimaklumkan bahawa terdahulu, beberapa siri Kem Gerak Gempur UPSR untuk tahun 6 telah menunjukkan peningkatan akademik yang amat baik dalam kalangan murid-murid. Namun, statistik Bendahari masih menunjukkan penurunan kutipan pembayaran dan mungkin kesibukan ibu bapa merupakan antara faktor berlaku penurunan ini.

   Dikesempatan ini juga kami  merakamkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa/penjaga yang prihatin terhadap keperluan pihak sekolah melalui sumbangan-sumbangan yang telah dilakukan untuk melihat kami terus maju ke hadapan. Akhir kata, kami yakin komuniti kami sentiasa bergerak seiring dalam memajukan prestasi dan bersama-sama berganding bahu ke arah kejayaan anak-anak didik kami. Sekian terima kasih.

Untuk rujukan, sila ke minit mesyuarat di pautan :http://www.scribd.com/doc/107367871/Minit-Mesyuarat-Pibg-Kali-Kedua-2012
Penafian : Pautan-pautan yang disiarkan adalah bersifat rujukan dan sesetengah pautan merupakan hakmilik SKPP 18(1) dan telah mendapat persetujuan pentadbir untuk disiarkan mengikut situasi terkini dan tanpa prejudis.
     

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...