Tuesday, 29 January 2013

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Untuk maklumat lanjut, sila ke pautan blogspot Panitia Pendidikan Islam di bawah :


*Murid-murid tidak perlu membawa beg dan buku pada tarikh ini

HARI MERENTAS DESA SKPP 18(1)

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. SKPP 18(1) akan mengadakan Hari Merentas Desa pada 30 Januari 2013 (Rabu). Untuk mengetahui perincian acara, sila ke pautan di bawah:
 Peta laluan dan checkpoint 

Thursday, 24 January 2013

PROGRAM-PROGRAM SKPP 18(1) PADA 25 JANUARI

Untuk program, sila ke pautan di bawah :

http://paiskpp18satu.blogspot.com/2013/01/salam-maulidur-rasul-1434h.html?m=0

&

Kem Kepimpinan Pengawas, Pengawas Pusat Sumber, Pembimbing Rakan Sebaya, Ketua dan Penolong Kelas Peringkat SKPP18(1) Sesi 2013 pada:

Tarikh : 25 Januari 2013 (Jumaat)
Masa :  2-30-6.00 petang
Tempat : SKPP18(1)


Pihak SKPP 18(1) telah memaklumkan kepada murid-murid berkenaan dan memohon kerjasama ibu bapa/penjaga untuk menjemput anak-anak yang terlibat pada masa yang telah ditetapkan. Sekian, Terima kasih.

Wednesday, 23 January 2013

SEKITAR MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 2013

Buku Mesyuarat Agung


Sarana ibu bapa
Kehadiran bekas GPK Akademik dan Kokurikulum menyerikan lagi majlis
Pendaftaran ibu bapa


                      
Ybhg. Datuk Haji Nordin bin Hassan


  
En Izhar Jumali-Penerima Tokoh ibu bapa tahun 2012
Dari kiri- Puan Zaharah (GPK Ko), Puan Noor Azzah (GPK HEM) dan Puan Roslina (GPK 1)
Para ibu bapa
AJK cenderahati
Hamper sumbangan UMNO Putrajaya
Paparan video terbaik
YDP (Kiri) dan NYDP (Kanan)

Para ibu bapa
Mesyuarat bersidang
Persetujuan melalui undian 
Warga pendidik





Tuesday, 22 January 2013

KEM KEPIMPINAN

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Untuk makluman warga SKPP 18(1), satu Kem Kepimpinan Pengawas, Pengawas Pusat Sumber, Pembimbing Rakan Sebaya, Ketua dan Penolong Kelas Peringkat SKPP18(1) Sesi 2013 akan diadakan pada ketentuan berikut:

Tarikh : 25 Januari 2013 (Jumaat)
Masa :  2-30-6.00 petang
Tempat : SKPP18(1)

Pihak SKPP 18(1) telah memaklumkan kepada murid-murid berkenaan dan memohon kerjasama ibu bapa/penjaga untuk menjemput anak-anak yang terlibat pada masa yang telah ditetapkan. Sekian, Terima kasih.

Sunday, 20 January 2013

BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN PADA 22 JANUARI 2013 (SELASA)

Assalamualaikum dan & Salam 1Malaysia. Kepada ibu bapa/penjaga murid-murid Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 18(1). Sukacitanya kami memaklumkan bahawa bantuan khas awal persekolahan berjumlah RM100 (Seratus ringgit) oleh Kerajaan untuk tahun 1,3,4,5 dan 6 akan mula diagihkan pada :

Tarikh :22 Januari 2013 (Selasa).
Masa :  12.30-1.30 tengahari
Tempat :Kelas masing-masing.

SKPP18(1) telah melantik guru kelas dan guru angkat untuk menyelia penyerahan wang bantuan ini. Sebarang info, boleh menghubungi pejabat sekolah di talian : 0388905424.

*Untuk ibu bapa/penjaga tahun 2 yang tidak berkesempatan hadir menerima bantuan di SKPP 9(2) pada 19 Januari lalu, boleh datang untuk membuat tuntutan di SKPP18(1).

UCAPAN PENGHARGAAN

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Pihak SKPP 18(1) merakamkan ribuan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada ibu bapa/penjaga murid-murid SKPP 18(1) yang telah sudi hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali Keempat SKPP18(1). Terima kasih juga kepada ahli jawatankuasa kerja yang terdiri daripada guru-guru yang amat berdedikasi dalam menjalankan tugas bagi memastikan kelancaran dan kejayaan majlis. Kepada AJK baru PIBG bagi sesi 2013/2014, pihak sekolah mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya. Untuk info awal, sukacitanya kami memaklumkan bahawa bantuan wang persekolahan untuk sesi 2013 kepada murid tahun 1,3,4,5 dan 6 dijangka akan diagihkan pada minggu ini. Walaubagaimana pun, kami menyarankan agar ibu bapa/penjaga sering mengikuti perkembangan semasa melalui hebahan daripada kementerian dan mengunjungi blogspot ini. Akhir kata, terima kasih sekali lagi kepada anda yang sering menyokong pihak sekolah dalam apa jua program untuk sesi persekolah tahun 2013. Sekian

Wednesday, 16 January 2013

PENYERAHAN WANG BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN MURID TAHUN DUA

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengagihkan wang Bantuan Khas Awal Persekolahan sebanyak RM100.00 (Seratus ringgit) kepada murid Tahun Dua Sahaja pada ketetapan seperti berikut :

Tarikh : 19 Januari 2013 (Sabtu)
Masa   : 8.30 pagi
Tempat: Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 9(2), PUTRAJAYA

Tuan/puan dikehendaki membawa bersama kad pengenalan untuk pengesahan di SKPP 9(2) . Kerjasama tuan/puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

*Tuntutan bantuan wang Tahun Dua ini tidak dibuat di SKPP18(1).
* Guru-guru kelas dan guru angkat kami akan akan berada di SKPP 9(2) esok bagi membantu menyelia wang bantuan ini
* Sebarang info terkini,akan dimaklumkan

Tuesday, 15 January 2013

Amanat Mesyuarat Agung Tahunan 2013

     Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Terlebih dahulu, pihak Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 18(1) merakamkan ribuan terima kasih khususnya kepada ibu bapa /penjaga kerana bukan sahaja menyokong pihak sekolah dalam apa jua aktiviti yang telah dianjurkan malah bersama-sama berusaha untuk kejayaan program yang bakal dirancang. 
      Amanat ini dibuat khas sempena Mesyuarat Agung Tahunan kali Keempat Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 18(1) bagi tahun 2013. Untuk makluman semua, jentera SKPP 18(1) telah membuat persediaan rapi untuk majlis pada kali ini dengan melibatkan pembahagian 23 AJK kerja profesional yang terdiri daripada warga pentadbir dan guru-guru. 
      Bagi melancarkan perjalanan majlis, sukacita kami menyenaraikan beberapa perkara dan sebagai peringatan penting untuk majlis ini.  Antaranya :


1. Pendaftaran 
  • Meja urusetia akan disediakan melalui 2 arah iaitu di Laman Catur dan Laman Kaunseling. 
  • Kami memohon ibu bapa/penjaga untuk mengisi dengan lengkap nama penuh-bin/binti dan gelaran untuk disertakan dalam minit mesyuarat terkini. 
  • Cetakan buku Mesyuarat Agung adalah terhad dan keutamaan diberikan mengikut kehadiran awal tetamu. Walaubagaimanapn, kepada tetamu yang tidak berkesempatan, kami akan mengagihkan  buku program dan lampiran yang dianggap penting sahaja.  

2.Pakaian
  • Pakaian separa rasmi/kasual yang difikirkan sesuai.

3. Parkir
  • Bagi mengelakkan kesesakan dan kemudahan komuniti dan juga melalui persetujuan mesyuarat/ taklimat yang telah diadakan, hanya kenderaan VIP, Ahli AJK, jemputan-jemputan khas yang mempunyai pas masuk sahaja dibenarkan parkir di dalam pagar sekolah. Kami memohon kerjasama ibu bapa/penjaga untuk meletakkan kenderaan di luar pagar sekolah.

4. Kemudahan 
  • Kepada ibu bapa yang turut membawa anak-anak bersama ke majlis, kami menyediakan bilik tayangan di aras bawah Dewan SKPP 18(1) bagi mengelakkan gangguan semasa majlis sedang berlangsung.
  • Tanda arah disediakan untuk tempat-tempat berikut : Pendaftaran, tempat duduk VIP, ibu bapa, bilik tayangan  pembuangan sampah dan lain-lain.  Kami memohon agar kebersihan kawasan sekolah dijaga.

5. Cabutan bertuah
  • Kami telah menyediakan tiket nombor cabutan bertuah yang disertakan bersama buku Mesyuarat Agung atau buku program. Sejumlah 10 hamper utama dan 15 hadiah saguhati disediakan. Bagi menjimatkan masa, cabutan akan disempurnakan lebih awal oleh VIP. Tuntutan hadiah boleh dibuat selepas selesai majlis.

6. Rakaman Video
  • Untuk penyimpanan rekod dan dokumentasi terbaik, liputan majlis pada kali ini akan dirakamkan menggunakan kamera video.

7. Perbincangan usul
  • Sesi pembentangan usul-usul haruslah secara berhemah, berwawasan, telus dan dinyatakan nama penuh dengan jelas beserta bin/binti (untuk penulisan minit mesyuarat). Perkara atau isu yang disentuh, tidak melibatkan perkataan yang boleh menyinggung rakan-rakan lain selain tidak mencacatkan perjalanan majlis dan tidak menjejaskan kepentingan institusi sekolah.  

Sila ke pautan di bawah untuk rujukan perlembagaan :

_______________________________________


Monday, 14 January 2013

PEMBERITAHUAN SUNTIKAN TAHUN SATU

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Adalah dimaklumkan kepada ibu bapa/penjaga dan komuniti, suntikan untuk Tahun Satu bermula pada 15  hingga 22 Januari 2013. Suntikan yang dimaklumkan oleh Kementerian Kesihatan kepada pihak sekolah adalah melibatkan salah satu (Jika perlu) daripada suntikan berikut:

Imunisasi Tahun Satu
  1. BCG ( Jika tiada parut)
  2. Double Antigen (Dos tambahan)
  3. Polio (Dos Tambahan)
  4. Measle (Dos tambahan)
Sekian terima kasih.

PELANCARAN TABUNG JARIAH DI MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KEEMPAT 2013

   Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Untuk hebahan warga kami, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SKPP 18(1) melalui mesyuarat AJK PIBG kali ke-3 tahun 2012 dengan ini telah bersetuju untuk mewujudkan Tabung Jariah SKPP 18(1) dan pelancaran akan dilakukan di Mesyuarat Agung Tahunan kali Keempat SKPP 18(1) bagi tahun 2013. Secara ringkasnya, program ini berkonsepkan sumbangan ikhlas para ibu bapa bagi meningkatkan kemudahan dan kebajikan anak-anak didik SKPP 18(1). 

     Kami merakamkan ribuan terima kasih kepada AJK ibu bapa, En. Shamsudin Mohamad atas inisiatif dan ilham beliau untuk mewujudkan Tabung Waqaf/Jariah ini dan berharap warga kami turut bersama-sama berganding bahu menyokong usaha ini. Sekian terima kasih.

Kertas kerja Tabung Waqaf, Sila ke pautan ini : 


Untuk pertanyaan lanjut, hubungi : 0192781247 (En. Shamsudin)    
      
Kuning emas masaknya padi
Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan.

Sunday, 13 January 2013

MAKLUMAN PERBINCANGAN USUL

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Untuk makluman AJK PIBG (Ibu bapa dan guru), satu perbincangan khas berkaitan usul-usul untuk dipanjangkan ke Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SKPP 18(1) bagi tahun 2013 akan diadakan pada ketentuan berikut: 

Tarikh : 15 Januari 2013 (Selasa)
Masa :    8.30 malam
Tempat : Bilik Mesyuarat/Gerakan aras satu, SKPP18(1)

Kehadiran tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.

Friday, 11 January 2013

JEMPUTAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KEEMPAT SKPP 18(1) TAHUN 2013

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Dengan segala hormatnya, jemputan di atas dirujuk. Y.Bhg. Dato/Datin/Tuan/Puan adalah dijemput untuk menghadiri mesyuarat tersebut pada ketetapan berikut:

Tarikh : 19 Januari 2013 (Sabtu)
Masa   : 8.30 malam
Tempat : Laman Nilam, SKPP 18(1)

Agenda mesyuarat tersebut adalah;

  1. Ucapan Pengerusi.
  2. Membentang dan menerima minit Mesyuarat Agung Tahunan yang lalu.
  3. Membentang dan menerima Laporan Tahunan.
  4. Membentang, menerima dan meluluskan Penyata Kewangan berakhir 31 Disember tahun sebelumnya.
  5. Membahaskan usul (Jika ada).
  6. Pemilihan Jawatankuasa PIBG bagi sesi 2013/2014.
  7. Pemilihan Juru Audit Dalaman.
  8. Ucapan penangguhan; dan
  9. Hal-hal lain.
Kesudian Y.Bhg. Dato/Datin/Tuan/Puan untuk hadir ke majlis ini amat dialu-alukan dan didahului dengan ucapan terima kasih.


Thursday, 10 January 2013

Makluman Borang Usul

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Untuk makluman ibu bapa/penjaga, pihak SKPP18(1) telah mengedarkan borang notis bersama borang usul Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Keempat untuk tahun 2013 pada 8 Januari lalu (Selasa). Sejumlah 1000 cetakan kami telah habis diedarkan kepada murid-murid. Borang usul ini menghendaki ibu bapa/penjaga mengisi dan mengembalikan kepada pihak sekolah sebelum atau pada 10 Januari. Namun pihak statistik telah membuat pengiraan borang usul dan mendapati hanya sejumlah 350 borang usul sahaja yang telah dikembalikan kepada pihak sekolah dan terima kasih kami ucapkan.
          Sehubungan itu, pihak SKPP18(1) akan melanjutkan tarikh untuk mengembalikan borang usul sebelum atau pada 14 Januari 2013 (Isnin) iaitu pada minggu hadapan (Sebelum mesyuarat pemilihan usul oleh AJK PIBG diadakan). Kami turut mencadangkan agar ibu bapa/penjaga boleh memuat turun borang usul di blogspot kami (kiriman terdahulu) sekiranya borang yang telah diedarkan mengalami masalah rosak, tidak sampai ke tangan ibu bapa atau hilang. 
           Akhir kata, kami optimis dan komited dalam memastikan usul-usul dan amanat setiap ibu bapa/penjaga dapat didengari, dibincangkan bersama-sama seterusnya berusaha mencari penyelesaian terbaik di Mesyuarat Agung kali Keempat 2013 nanti. Sekian terima kasih

Saturday, 5 January 2013

HEBAHAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KEEMPAT BAGI TAHUN 2013

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Untuk makluman semua, Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali Keempat bagi tahun 2013 akan diadakan lebih awal seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 19 Januari 2013 (Sabtu)
Masa   : 8.30 malam
Tempat : Dataran Nilam SKPP 18(1) 

Pada peringkat awal bagi memurnikan/menyokong usaha 'SKPP18(1) WARGA BLOGGER' 2013,  kami mewujudkan aplikasi atas talian.  Pautan di bawah merupakan notis dan borang usul Mesyuarat Agung kali Keempat bagi tahun 2013. Langkah-langkah yang perlu diikuti adalah seperti berikut:

Sila klik pautan di bawah:

1. Ibu bapa/penjaga perlulah memuat turun borang usul sahaja.
2. Membuat cetakan borang usul (Saiz A4).
3. Mengisi dengan lengkap butiran borang usul.
4. Mengembalikan borang usul dan sumbangan (Jika ada) berkenaan melalui anak masing-masing kepada guru kelas ATAU ibu bapa/penjaga boleh mengembalikan sendiri borang berkenaan ke pejabat sekolah SKPP18(1), Sekian terima kasih.
5. Sila kembalikan borang usul sebelum atau pada 10 Januari 2013

*Waktu urusan pejabat-7.30 pagi hingga 5 petang.

SEKITAR PERJUMPAAN PERTAMA AJK PIBG SESI 2012/2013

Perjumpaan AJK PIBG sesi 2012/2013 telah diadakan dengan jayanya pada 4 Januari 2013, jam 8.30 hingga 12 malam. Perjumpaan ini khas membincangkan program-program persediaan, pemantapan PIBG, laporan kewangan, isu Mesyuarat Agung kali Keempat dan lain-lain.

Bilik Mesyuarat dan Gerakan

Ahli-ahli mesyuarat bersama Ex-Officio

Perbincangan bersama YDP

Perbincangan laporan kewangan

Isu-isu dibincang bersama

Friday, 4 January 2013

FOTO SEKITAR PERJUMPAAN IBU BAPA TAHUN 6

Ucapan Guru Besar

Majlis di Dewan SKPP 18(1)

Ibu bapa dan calon UPSR 2013

Pembentangan guru Inggeris
Pembentangan guru Bahasa Melayu
Pembentangan guru Matematik


Guru-guru tahun 6

Kudapan 

Sesi perbincangan soalan Sains

Ibu bapa tekun berkongsi maklumat

Keperihatinan ibu bapa

Wednesday, 2 January 2013

MAJLIS PERJUMPAAN IBU BAPA/PENJAGA MURID TAHUN 6

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Dimaklumkan bahawa satu Majlis Perjumpaan Ibu Bapa/Penjaga Murid Tahun 6 2013 akan diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 4 Januari 2013 (Jumaat)
Masa   : 2.30 petang (Pendaftaran)
Tempat: Dewan SKPP18(1)

Kehadiran tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih. Untuk panduan, sila semak tentatif program di bawah. Sekian 

Tentatif program


MAKLUMAN

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Sempena hari pertama persekolahan, SKPP18(1) merakamkan ucapan tahniah kepada semua murid-murid SKPP 18(1) yang telah berjaya hadir pada hari pertama persekolahan bagi sesi 2013. Kami turut menerima kunjungan daripada Pengarah Jabatan Pelajaran Putrajaya (JPWPP), Tuan Haji Jamaluddin bin Yusoff bersama beberapa pegawai beliau bertujuan memantau dan melihat sendiri perjalanan persekolahan pada hari ini. Alhamdulillah, dengan sokongan dan semangat yang ditunjukkan oleh semua pihak, hari pertama persekolahan ini berjalan dengan lancar. 
       Untuk perjalanan hari persekolahan yang lebih mantap, pihak sekolah memohon jasa baik ibu bapa/penjaga murid Tahun Satu untuk tidak menunggu anak-anak di sekitar bilik darjah kerana ia didapati menggangu aktiviti Pembelajaran dan Pengajaran (P&P) yang dikendalikan guru selain murid-murid juga kurang fokus pada pembelajaran. Ibu bapa/penjaga dimohon agar menunggu anak-anak di kantin sekolah untuk waktu rehat murid dan waktu tamat sesi persekolahan pada jam 1.15 tengahari.
         Warga pendidik kami amat optimis dan profesional untuk memberikan pendidikan yang terbaik kepada murid-murid yang juga anak-anak kami tanpa mengira keadaan, masa dan tempat. Akhir sekali, terima kasih atas segala sokongan anda. Sekian 
     
SEKITAR HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN










RALAT PADA BUKU PERATURAN SEKOLAH

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Unit Hal Ehwal Murid SKPP 18(1) memohon maaf kepada ibu bapa/penjaga berikutan berlaku kesilapan pada cetakan Buku Peraturan Sekolah SKPP 18(1). Ralat berlaku pada :

Perkara 1 : Waktu Persekolahan 

1.1         1.1 LOCENG WAKTU MULA PERSEKOLAHAN
Semua murid mesti berada dalam kawasan sekolah selewat-lewatnya 7.30 pagi. Perhimpunan pagi bermula tepat pada jam 7.30 pagi setiap hari. Murid-murid berbaris mengikut kelas masing-masing di tapak perhimpunan. Setiap pagi murid-murid akan membaca doa menyanyi Lagu Negaraku, Lagu Wilayah Persekutuan dan Lagu Sekolah diikuti pengumuman aktiviti sekolah yang berkaitan dengan Kurikulum, HEM dan Kokurikulum.


1.1       1.2 TAHAP SATU (TAHUN 1-3)
Isnin hingga Khamis   7.30 pg hingga 1.45 ptg
Jumaat                                    7.30 pg hingga 12.15 tgh

1.2       1.3 TAHAP DUA (Tahun 4, 5 dan 6)
Isnin hingga Khamis   7.30 pg hingga 1.45 ptg
Jumaat                                    7.30 pg hingga 12.15tgh

- Waktu tamat persekolahan (ditandakan dengan kotak merah adalah RALAT)
- Pembetulan-Waktu persekolahan tamat adalah pada jam 1.15 tengahari bukan 1.45 ptg (Seperti yang tertulis)

Sebarang kesulitan amatlah dikesali. Sekian terima kasih

Tuesday, 1 January 2013

MAKLUMAN PERTUKARAN GURU

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Untuk makluman warga ini, enam orang guru kami, empat orang daripada guru biasa dan dua orang guru pentadbir telah berpindah ke sekolah-sekolah lain di Putrajaya. Ini berikutan penyusunan semula tenaga pengajar oleh JPWPP dan pembukaan sekolah baru iaitu SKPP 18(2) dan SKPP 5(1). Pihak SKPP 18(1) merakamkan jutaan terima kasih kepada guru- guru ini yang telah banyak memberikan sumbangan dan komitmen untuk memajukan SKPP 18(1). Di bawah merupakan senarai guru-guru berkenaan :

Guru Pentadbir
1. Puan Norzah binti Mohd. Kassim (Guru Penolong Kanan Akademik-Kini memegang jawatan sama di SKPP 16(1)
2. Puan Rohana binti Jusoh (Guru Penolong Kanan Kokurikulum- Kini memegang jawatan sebagai Guru Penolong Kanan HEM di SKPP 14(1)

Guru-guru lain
1. En. Mohd Zul'-Izzi bin Yusuf-Ke SKPP 11(3)
3. Puan Zuhaini binti Daud-Ke SKPP 11(3)
2. Puan Rosilawati binti Mohamad -Ke SKPP 9(2)
4 .Puan Mastura Maulad binti Mohd Shariff -Ke SKPP 16(1)

Harapan kami agar guru-guru ini akan senantiasa cemerlang berkhidmat di sekolah baru. Akhir kata 'Selamat Maju Jaya' dan 'Jasamu DiKenang'. Sekian terima kasih.

* Kami turut menerima guru-guru baru dan akan mengumumkan dalam waktu terdekat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...