Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Dengan segala hormatnya, jemputan di atas dirujuk. Y.Bhg. Dato/Datin/Tuan/Puan adalah dijemput untuk menghadiri mesyuarat tersebut pada ketetapan berikut:
Tarikh : 19 Januari 2013 (Sabtu)
Masa   : 8.30 malam
Tempat : Laman Nilam, SKPP 18(1)
Agenda mesyuarat tersebut adalah;
- Ucapan Pengerusi.
 - Membentang dan menerima minit Mesyuarat Agung Tahunan yang lalu.
 - Membentang dan menerima Laporan Tahunan.
 - Membentang, menerima dan meluluskan Penyata Kewangan berakhir 31 Disember tahun sebelumnya.
 - Membahaskan usul (Jika ada).
 - Pemilihan Jawatankuasa PIBG bagi sesi 2013/2014.
 - Pemilihan Juru Audit Dalaman.
 - Ucapan penangguhan; dan
 - Hal-hal lain.
 
Kesudian Y.Bhg. Dato/Datin/Tuan/Puan untuk hadir ke majlis ini amat dialu-alukan dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Rujukan notis mesyuarat : http://www.scribd.com/doc/118658074/Notis-Dan-Borang-Usul-Mesy-Agung-Keempat-2013