Wednesday 2 January 2013

MAKLUMAN

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Sempena hari pertama persekolahan, SKPP18(1) merakamkan ucapan tahniah kepada semua murid-murid SKPP 18(1) yang telah berjaya hadir pada hari pertama persekolahan bagi sesi 2013. Kami turut menerima kunjungan daripada Pengarah Jabatan Pelajaran Putrajaya (JPWPP), Tuan Haji Jamaluddin bin Yusoff bersama beberapa pegawai beliau bertujuan memantau dan melihat sendiri perjalanan persekolahan pada hari ini. Alhamdulillah, dengan sokongan dan semangat yang ditunjukkan oleh semua pihak, hari pertama persekolahan ini berjalan dengan lancar. 
       Untuk perjalanan hari persekolahan yang lebih mantap, pihak sekolah memohon jasa baik ibu bapa/penjaga murid Tahun Satu untuk tidak menunggu anak-anak di sekitar bilik darjah kerana ia didapati menggangu aktiviti Pembelajaran dan Pengajaran (P&P) yang dikendalikan guru selain murid-murid juga kurang fokus pada pembelajaran. Ibu bapa/penjaga dimohon agar menunggu anak-anak di kantin sekolah untuk waktu rehat murid dan waktu tamat sesi persekolahan pada jam 1.15 tengahari.
         Warga pendidik kami amat optimis dan profesional untuk memberikan pendidikan yang terbaik kepada murid-murid yang juga anak-anak kami tanpa mengira keadaan, masa dan tempat. Akhir sekali, terima kasih atas segala sokongan anda. Sekian 
     
SEKITAR HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN










LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...