Thursday 10 January 2013

Makluman Borang Usul

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Untuk makluman ibu bapa/penjaga, pihak SKPP18(1) telah mengedarkan borang notis bersama borang usul Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Keempat untuk tahun 2013 pada 8 Januari lalu (Selasa). Sejumlah 1000 cetakan kami telah habis diedarkan kepada murid-murid. Borang usul ini menghendaki ibu bapa/penjaga mengisi dan mengembalikan kepada pihak sekolah sebelum atau pada 10 Januari. Namun pihak statistik telah membuat pengiraan borang usul dan mendapati hanya sejumlah 350 borang usul sahaja yang telah dikembalikan kepada pihak sekolah dan terima kasih kami ucapkan.
          Sehubungan itu, pihak SKPP18(1) akan melanjutkan tarikh untuk mengembalikan borang usul sebelum atau pada 14 Januari 2013 (Isnin) iaitu pada minggu hadapan (Sebelum mesyuarat pemilihan usul oleh AJK PIBG diadakan). Kami turut mencadangkan agar ibu bapa/penjaga boleh memuat turun borang usul di blogspot kami (kiriman terdahulu) sekiranya borang yang telah diedarkan mengalami masalah rosak, tidak sampai ke tangan ibu bapa atau hilang. 
           Akhir kata, kami optimis dan komited dalam memastikan usul-usul dan amanat setiap ibu bapa/penjaga dapat didengari, dibincangkan bersama-sama seterusnya berusaha mencari penyelesaian terbaik di Mesyuarat Agung kali Keempat 2013 nanti. Sekian terima kasih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...