Tuesday 15 January 2013

Amanat Mesyuarat Agung Tahunan 2013

     Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Terlebih dahulu, pihak Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 18(1) merakamkan ribuan terima kasih khususnya kepada ibu bapa /penjaga kerana bukan sahaja menyokong pihak sekolah dalam apa jua aktiviti yang telah dianjurkan malah bersama-sama berusaha untuk kejayaan program yang bakal dirancang. 
      Amanat ini dibuat khas sempena Mesyuarat Agung Tahunan kali Keempat Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 18(1) bagi tahun 2013. Untuk makluman semua, jentera SKPP 18(1) telah membuat persediaan rapi untuk majlis pada kali ini dengan melibatkan pembahagian 23 AJK kerja profesional yang terdiri daripada warga pentadbir dan guru-guru. 
      Bagi melancarkan perjalanan majlis, sukacita kami menyenaraikan beberapa perkara dan sebagai peringatan penting untuk majlis ini.  Antaranya :


1. Pendaftaran 
  • Meja urusetia akan disediakan melalui 2 arah iaitu di Laman Catur dan Laman Kaunseling. 
  • Kami memohon ibu bapa/penjaga untuk mengisi dengan lengkap nama penuh-bin/binti dan gelaran untuk disertakan dalam minit mesyuarat terkini. 
  • Cetakan buku Mesyuarat Agung adalah terhad dan keutamaan diberikan mengikut kehadiran awal tetamu. Walaubagaimanapn, kepada tetamu yang tidak berkesempatan, kami akan mengagihkan  buku program dan lampiran yang dianggap penting sahaja.  

2.Pakaian
  • Pakaian separa rasmi/kasual yang difikirkan sesuai.

3. Parkir
  • Bagi mengelakkan kesesakan dan kemudahan komuniti dan juga melalui persetujuan mesyuarat/ taklimat yang telah diadakan, hanya kenderaan VIP, Ahli AJK, jemputan-jemputan khas yang mempunyai pas masuk sahaja dibenarkan parkir di dalam pagar sekolah. Kami memohon kerjasama ibu bapa/penjaga untuk meletakkan kenderaan di luar pagar sekolah.

4. Kemudahan 
  • Kepada ibu bapa yang turut membawa anak-anak bersama ke majlis, kami menyediakan bilik tayangan di aras bawah Dewan SKPP 18(1) bagi mengelakkan gangguan semasa majlis sedang berlangsung.
  • Tanda arah disediakan untuk tempat-tempat berikut : Pendaftaran, tempat duduk VIP, ibu bapa, bilik tayangan  pembuangan sampah dan lain-lain.  Kami memohon agar kebersihan kawasan sekolah dijaga.

5. Cabutan bertuah
  • Kami telah menyediakan tiket nombor cabutan bertuah yang disertakan bersama buku Mesyuarat Agung atau buku program. Sejumlah 10 hamper utama dan 15 hadiah saguhati disediakan. Bagi menjimatkan masa, cabutan akan disempurnakan lebih awal oleh VIP. Tuntutan hadiah boleh dibuat selepas selesai majlis.

6. Rakaman Video
  • Untuk penyimpanan rekod dan dokumentasi terbaik, liputan majlis pada kali ini akan dirakamkan menggunakan kamera video.

7. Perbincangan usul
  • Sesi pembentangan usul-usul haruslah secara berhemah, berwawasan, telus dan dinyatakan nama penuh dengan jelas beserta bin/binti (untuk penulisan minit mesyuarat). Perkara atau isu yang disentuh, tidak melibatkan perkataan yang boleh menyinggung rakan-rakan lain selain tidak mencacatkan perjalanan majlis dan tidak menjejaskan kepentingan institusi sekolah.  

Sila ke pautan di bawah untuk rujukan perlembagaan :

_______________________________________


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...