Program i-think adalah satu program yang bertujuan mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid-murid ke arah menghasilkan murid berinovatif.
Apakah yang diharapkan melalui program ini?
-Dengan menggunakan alat berfikir (thinking tools), murid lebih fokus dan berkeyakinan dan aktif di dalam kelas.
-Aktiviti yang berpusatkan kepada murid.
-Prestasi murid meningkat selepas menggunakan alat berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P).
-Hubungan guru dengan murid lebih rapat kerana guru lebih banyak berperanan sebagai fasilitator.