Wednesday 7 March 2012

LANGKAH BERJAGA-JAGA KEJADIAN PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD)


Pihak Pejabat Kesihatan Wilayah Persekutuan Putrajaya memaklumkan bahawa kejadian penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) sedang berlaku di Putrajaya bermula Januari 2012. Oleh itu, pihak Pejabat Kesihatan memohon kerjasama warga Putrajaya untuk memantau kejadian HFMD dalam kalangan murid-murid yang berumur di bawah 10 tahun. Antara langkah awal adalah:

1. Jika terdapat pelajar/kanak-kanak yang mempunyai tanda-tanda penyakit HFMD, sila dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan yang berhampiran.

2. Kepada pengusaha taska/tadika, hendaklah memastikan tidak menerima kanak-kanak yang disahkan jangkitan HFMD dari taska/tadika lain untuk jagaan, khususnya kanak-kanak yang dihantar secara transit oleh ibu bapa.

3. Tuan/puan juga dinasihatkan untuk melakukan saringan kesihatan terhadap kanak-kanak atau pelajar yang hadir bagi mengesan tanda-tanda jangkitan HFMD dan menyekat penularan penyakit berkenaan. Adalah menjadi kesalahan di bawah Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit jika siasatan mendapati pihak tuan/puan gagal mematuhi perkara ini.

Rujukan: Bil (11) dlm PKP 730-1-2 Jld.7
Surat bertarikh : 5 Mac 2012 (dihantar kepada pihak sekolah)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...