Kepada warga SKPP 18(1) terutama ibu bapa. Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-3 Tahun 2012 telah dimuat naik ke pautan SUDUT PIBG tahun 2012. Minit mesyuarat ini belum diedit sepenuhnya dan berfungsi sebagai rujukan sahaja. Lampiran isu-isu dan usul-usul akan dimuat turun secara berasingan dalam tempoh terdekat. Isi kandungannya adalah:
- Isu-isu dan usul-usul yang telah dipilih sahaja akan dilampirkan.
- Jawapan dan respon Guru Besar terhadap isu-isu dan usul-usul ibu bapa yang tidak berkesempatan dijawab dalam Mesyuarat Agung Kali ke-3 yang lalu.
- Tindakan-tindakan penambahbaikan pihak sekolah dan PIBG terhadap isu-isu dan usul-usul yang dikemukakan.
Rasional
- Memandangkan isu-isu dan usul-usul yang tidak berkesempatan dijawab oleh Guru Besar, maka isu-isu dan usul-usul ini perlu dibincangkan dalam mesyuarat AJK PIBG dan telah pun dilaksanakan pada 23 Mac 2012.
- Memastikan ketelusan terhadap isu-isu dan usul-usul yang telah dibentangkan ibu bapa dalam Mesyuarat Agung Kali ke-3 yang lalu. Sebaran ini dibuat agar ibu bapa mendapat kesamarataan info,maklumat dan tindakan penambahbaikan pihak PIBG terhadap isu-isu dan usul-usul berkenaan.