Wednesday, 28 March 2012

YEOS dan Berita Harian taja Dana Pemeliharaan Alam Sekitar Sekolah

BERITA HARIAN 

27 Mac 2012

PUTRAJAYA: Dana Pemeliharaan Alam Sekitar Sekolah bernilai RM35,000 menanti sekolah yang memenangi Pertandingan Reka Cipta Mural anjuran bersama Yeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad (YEOS) dan sisipan Didik akhbar Berita Harian mulai April hingga Jun depan. 

Pengurus Besar Pemasaran YEOS, Vincent Chui, berkata program itu sejajar dengan visi dan aspirasi Kementerian Pelajaran dalam memperkembangkan potensi murid sekolah secara menyeluruh dan bersepadu.
"Inisiatif tanggungjawab sosial korporat ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran alam sekitar di kalangan murid menerusi cabaran mengitar dan menggunakan bahan terbuang untuk menghasilkan reka bentuk mural dikehendaki mengikut daya kreativiti dan inovasi masing-masing.
"Dalam usaha menyemai budaya membaca di kalangan warga sekolah YEOS juga menyumbangkan 85,000 naskhah kepada 200 sekolah di seluruh negara," katanya ketika berucap sempurna perasmian program berkenaan di sini, sebentar tadi.

sumber: http://www.bharian.com.my/articles/YEOSdanBeritaHariantajaDanaPemeliharaanAlamSekitarSekolah/Article/

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...