Sunday 25 March 2012

TAHNIAH WARGA BLOGSPOT!!

          Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia. 
   Pihak SKPP 18(1) merakamkan ribuan terima kasih kepada pengunjung blogspot rasmi SKPP 18(1) terutama kepada para ibu bapa. Untuk makluman, pihak sekolah membuat semakan pengunjung, pengemaskinian info dan penambahbaikan secara berkala untuk blogspot ini.   
     Kini, setelah dilancarkan secara rasmi pada 2 Mac 2012 yang lalu, kami menerima hampir 8000 pengunjung (sehingga catatan dibuat ini pada 26 Mac 2012 jam 12.30 t/malam). Angka ini amat memberangsangkan dan memberi suntikan semangat kepada pihak sekolah untuk terus maju ke tahap yang lebih tinggi. Diharapkan pihak ibu bapa akan terus memeriahkan blogspot ini dan dapat mencapai sasaran kami pada bulan April iaitu bertema 'SKPP 18(1) Komuniti Blogger'. 
     Alhamdulillah, sistem Undian 1Klik Pintar telah dimuatkan dan dalam proses kajian data dan kewujudkan ruangan 'Comments' di sudut bawah. Kami mengalu-alukan sebarang cadangan untuk penambahbaikan daripada komuniti. TAHNIAH!! diucapkan.

Sekian terima kasih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...