Friday 23 March 2012

Makluman kepada ibu bapa

Mesyuarat AJK PIBG kali pertama 2012 telah dijalankan dengan jayanya pada hari Jumaat bertarikh 23 Mac, jam 8.30 hingga 12 t/malam dihadiri oleh AJK lama dan baru. Perbincangan lebih ditumpukan pada isu-isu usul Mesyuarat Agung kali ke-3 lalu yang tak berkesempatan dijawab/respon daripada Guru Besar . Justeru, perkara-perkara yang telah dibincangkan akan dilampirkan dalam blogspot dalam waktu terdekat. Antara persetujuan awal mesyuarat yang perlu diberi perhatian oleh ibu bapa adalah:

1 . Pihak sekolah akan mewujudkan sudut undian secara online melalui blogspot ini. Undian yang akan dijalankan adalah berkenaan isu-isu yang perlu mendapat persetujuan para ibu bapa (setelah persetujuan awal  sesuatu isu diperolehi melalui mesyuarat antara AJK guru dan ibu bapa). Contohnya. 
  • Ahli mesyuarat bersetuju untuk menggunakan duit tabung PIBG atas urusan pembayaran pengawal lalulintas/trafik bagi mengelakkan kesesakan yang berlaku. Persetujuan ini akan dipanjangkan dalam blogspot sekolah dalam bentuk lampiran perbincangan dan pautan undian kepada ibu bapa yang lain.
Rasional sistem ini diwujudkan adalah:
  1. Menggalakkan perkongsian pintar ICT yang memasuki alaf baru. Walaupun sistem ICT telah lama wujud di internet namun SKPP 18(1) merupakan sekolah terawal di Putrajaya yang mewujudkan sistem ini di sekolah. 
  2. Pihak sekolah dan ibu bapa dapat meminimumkan penggunaan kertas dan dakwat untuk tujuan yang lebih penting seperti kegunaan BBB(Bahan Bantu Belajar),peperiksaan, lembaran kerja murid dan lain-lain.
  3. Kemudahan kepada warga SKPP 18(1) melalui konsep UNDIAN 1KLIK PINTAR dan mengelakkan pemasalahan ibu bapa tidak menerima surat-menyurat yang diagihkan kepada murid-murid.  
  4. Persetujuan berbentuk persepakatan yang adil tentang sesuatu isu.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...